Tuesday, May 6, 2008

Pusat Sumber Zaba, Institut Perguruan Sultan Mizan

Perkembangan pendidikan pada alaf globalisasi pencapaian maklumat terlalu pantas. Program pendidikan praperkhidmatan dan perkhidmatan merupakan fokus utama Bahagian Pendidikan Guru dan dipertanggung jawabkan kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM) untuk melaksanakannya.

Pusat Sumber perlu memainkan peranan. Bagi tujuan tersebut satu sistem perkhidmatan berpusat perlu ditingkatkan fungsi dan aktivitinya ke arah mewujudkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Bagi merealisasikan hasrat ini, Pusat Sumber Za'ba Institut Perguruan Sultan Mizan perlu menggorak langkah mengubah dan mengikut piawaian atau panduan yang dikuatkuasakan penggunaanya pada 1 Julai 2004 oleh Bahagian Pendidikan Guru.

Bagi mewujudkan pengurusan dan pentadbiran yang seragam, Pusat Sumber Za'ba Institut Perguruan Sultan Mizan dan semua Pusat sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia menggunakan piawaian yang seragam supaya visi, misi dan objektif dapat direalisasikan. Dengan mematuhi piawaian ini dijangkakan pusat sumber dapat memainkan peranannya sebagai pendidikan keguruan yang cemerlang bagi menyediakan perkhidmatan ke arah melahirkan pendidikan yang berkualiti.

No comments: