Tuesday, May 13, 2008

PANDUAN MENGGUNAKAN OVERHEAD PROJEKTOR

Overhead Projektor(OHP) merupakan sebuah alat bantu mengajar yang sesuai digunakan dalam bilik darjah. Pengajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, di mana pelajar akan menerima pelajaran dengan cara melihat dan mendengar.

Objektif
Setelah membaca panduan ini adalah diharapkan para pelajar akan
  • mengenal pasti bahagian-bahagian OHP
  • Mengambil langkah-langkah yang betul dalam mengendalikan OHP
  • Mematuhi langkah-langkah keselamatan dalam penggendalian OHP
Bahagian Utama OHP



















  1. Cermin /Pentas tayangan
Transparensi/lutsinar diletakan. Bahagian bawah cermin dipasangkan sekeping kanta fresnel.

2. Lensa objektif dipasangkan di atas tiang pengunjur berfungsi sebagai memokuskan imej di atas layar.

3. Tombol pemokus membolehkan pengguna menyelaraskan kejelasan imej di atas layar.

4. Peti Sumber Cahaya. Dalam peti ini ditempatkan kipas penyejuk, mentol dan punca elektrik

PANDUAN PENGGUNAAN

  1. Sebelum tayangan
  • Pastikan lensa, permukaan kaca dan kanta berada dalam keadaan bersih
  • Tempatkan OHP di atas sebuah meja kukuh dan tidak bergoyang-goyang.
  • Suis projektor pastikan dalam keadaan OFF sebelum anda menyambungkan ke punca kuasa elektrik.
  • Pasangkan ON setelah selesai penyambungan
  • Letakkan sekeping lutsinar di atas pentas OHP.
  • Pastikan kedudukan skrin berada ditempat yang sesuai dan elakkan kesan "Keystone"


PANDUAN UNTUK GURU

  1. Sekiranya anda perlu memindahkan projektor ke tempat lain yang lebih sesuai lokasinya , tunggu sehingga kipas penyejuk larasuhu berhenti.
  2. Fokuskan imej di skrin dan pastikan kawasan tayangan tidak melebihi atau keluar skrin.

Tuesday, May 6, 2008

ORGANISASI

PIAGAM PELANGGAN

KAMI BERJANJI UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN BAGI

  • Mengeluarkan kad ahli baru dalam tempoh 2 minggu dan tarikh permohonan diterima
  • Status tindakan terhadap aduan pelangan dimaklumkan kepada pengaduan dalam masa 2 minggu selepas aduan diterima
  • Menyediakan tempat duduk di ruang bacaan yang mencukupi dan selesa
  • Memberi layanan yang saksama dalam menyediakan perkhidmatan kaunter
  • Menyediakan bahan sumber/maklumat terkini.

Visi , Misi dan Objektif

VISI
Pusat Sumber untuk pendidikan perguruan yang cemerlang dan gemilang

MISI


  • Membolehkan semua pengguna mengakses informasi yang diperlukan melalui kaedah yang mudah, efisyen dan efektif
  • Memperolehi dan mengguna kemahiran mengurus, menilai serta mengaplikasi maklumat ke arah peningkatan ilmu pengetahuan dan profesionalisme guru.
  • Menggalakkan minat membaca dan belajar sepanjang hayat

OBJEKTIF

  • Membantu perlaksanaan kurikulum perguruan sejajar dengan keperluan masa.
  • Membangunkan koleksi bahan-bahan yang memenuhi keperluan pengguna

  • Menyediakan pelbagai maklumat dalam perbagai sumber kepada pensyarah dan peserta kursus bagi mencapai objektif pendidikan.

  • Membantu melicinkan proses dan meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran pelajar.

  • Menggalakkan tabiat belajar dan minat membaca dalam kalangan pengguna.

  • Menyediakan khidmat membaca dengan memberikan kemahiran maklumat mencari bahan dengan cepat dan tepat.

  • Menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti kemudahan internet rujukan, tayangan, pengajaran mikro dan pinjaman bahan dan peralatan.

  • Membantu dalam penyelidikan dan pembangunan (R n D) bidang pendidikan.


Pusat Sumber Zaba, Institut Perguruan Sultan Mizan

Perkembangan pendidikan pada alaf globalisasi pencapaian maklumat terlalu pantas. Program pendidikan praperkhidmatan dan perkhidmatan merupakan fokus utama Bahagian Pendidikan Guru dan dipertanggung jawabkan kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM) untuk melaksanakannya.

Pusat Sumber perlu memainkan peranan. Bagi tujuan tersebut satu sistem perkhidmatan berpusat perlu ditingkatkan fungsi dan aktivitinya ke arah mewujudkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Bagi merealisasikan hasrat ini, Pusat Sumber Za'ba Institut Perguruan Sultan Mizan perlu menggorak langkah mengubah dan mengikut piawaian atau panduan yang dikuatkuasakan penggunaanya pada 1 Julai 2004 oleh Bahagian Pendidikan Guru.

Bagi mewujudkan pengurusan dan pentadbiran yang seragam, Pusat Sumber Za'ba Institut Perguruan Sultan Mizan dan semua Pusat sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia menggunakan piawaian yang seragam supaya visi, misi dan objektif dapat direalisasikan. Dengan mematuhi piawaian ini dijangkakan pusat sumber dapat memainkan peranannya sebagai pendidikan keguruan yang cemerlang bagi menyediakan perkhidmatan ke arah melahirkan pendidikan yang berkualiti.